Berita Harian Online 2
jomsertaiPAS
Kempen JOM JOIN PAS adalah kempen bagi menarik dan mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada PAS dan menjemput seramai mungkin rakyat untuk menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PASNostalgia Putih & Hitam
Nama Pinjam :Kassim Selamat Aku insan kurang upaya (OKU) . Tiada yang istimewa ada pada diriku. Hanya sekujur tubuh kaku yang layu. Sekeping hati yang lesu dan pilu. Secebis kenangan lalu dan sebuah kerusi roda milikku. Dengan hanya satu jari aku menekan kibod mencari satu huruf. Dari satu huruf kujadikan satu perkataan. Dari satu perkataan kujadikan sebaris ayat sehingga menjadi sebuah cerita.Banjar Online
..peranan tu tak penting. Yang mustahak, kita design, kemudian kita rumuskan dan kita rangka perlaksanaan. Rasulullah masa hijrah ke Madinah, duit satu sen pun tak ada. Begitu juga para sahabat. Orang kata baginda angan-angan nak memerintah Madinah. Tapi, baginda bersama sahabat design, rumuskan dan laksanakan dari yang termudah, termurah, terkecil, kemudian barulah yang ke seterusnya. Awat, kita ni lemah sangat ke?Roslan SMS
Kempen JOM JOIN PAS adalah kempen bagi menarik dan mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada PAS dan menjemput seramai mungkin rakyat untuk menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PASPahang Daily
Pemangkin Suara Reformasi RakyatTukar Tiub
Jika ada sebarang pertanyaan, komen, bantahan atau cadangan, sila email kepada tukartiub@gmail.comRadenJowo
Seiring dan sejalan seindah bunga di taman Bak burung nan megah. Kanda kupuja Bahagia kita berdua. dinda !!! kanda !!! wakakaka !!! katak ooo katak !!!...Post with links
This is the web2feel wordpress theme demo site. You have come here from our home page. Explore the Theme preview and inorder to RETURN to the web2feel home page CLICK HEREAn ordered list
“Barang siapa yang mati dan belum berperang dan tidak terlintas dalam dirinya untuk berperang, maka dia mati dalam prilaku orang munafik”.(H.R. Muslim)"...TKO
TKO ...MSO
MSO Melayu ...Kedah lanie
kedah lanie ...EXPO is back
EXPO PERTANIAN DAN PRODUK HALAL...Mother of 3 Mohd
IBU KEPADA TIGA MOHDKampar Inn
YAB DATO' SERI MENTERI BESAR PERAKmutaligat
SOFI WAHAB - Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka. Pencinta Perjuangan Islam dan keadilan sejak kecil. Boleh dihubungi melalui 019-6821318 dan Email: sofiwahab@gmail.comHarakahDaily.Net
Recent Comments
kejar....
Mulut masih lagi terasa loya-loya. Mata masih lagi terasa pedih-pedih. Urat-saraf masih lagi lenguh-lenguh. Sengal sana, sengal sini. Tapi tiada apa nak dirungutkan. Pasalnya, sudah pasti rasa yang sama dikongsi bukan penulis seorang, bukan 500 orang, bukan 8000 orang(Malaysiakini) malah berpuluh-puluh ribu orang yang turut sama menyertai GMP mengadakan perhimpunan ke Istana Negara untuk menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan Mizan.
Coretan awal Perjalanan
Aku mengatur perjalanan seawal 12.30 tengah hari. Rasanya elok sahaja aku menaiki Star ke Masjid Jamek kerana ia lebih selesa. Menurut pengamatan aku, rasanya kali ini tak ramai yang akan keluar berhimpun. Berbeza perhimpunan Bersih yang lalu, ia disertai oleh ramai rakan-rakan dari seluruh negeri seluruh Malaysia. Tapi kali ini tiada orang Terengganu turun beramai-ramai, orang Kedah atau orang Perak. Yang pastinya kali ini ia bergantung kepada warga lembah Klang semata-mata atau negeri-negeri sekitarnya.
Sampai di Masjid Jamek suasana tenang menyelubungi. Macam betul sahaja agakan aku kali ini. Tak apalah, berehat sekejap sambil solat sunat sementara menunggu solat Zohor. Aku yakin selepas Zohor, kami akan mula menyertai perarakan ke Istana Negara. Tengok kiri kanan kalau ada unit Amal. Tapi nampaknya tak ada. Hanya kelihatan berpuluh warga kota berehat di Masjid Jamek sementara menunggu Zohor. Sama macam aku. Ada dua tiga orang pakai baju anti-PPMSI warna putih. Ramai juga yang memakai baju putih, aku tidak terkecuali.
Selepas Zohor hujan mula renyai-renyai. Aku pun mula mencongak jalan mana nak di ambil. Sebut je duduk Selangor, KL ni dah berapa kurun aku tak masuk. Dulu masa muda-muda dulu selalulah juga merayap sana-sini tapi le ni bila masuk KL je rasa serabut. Rakan aku yang seorang ini tak sampai-sampai lagi. Jadi aku ikut satu kumpulan lebih kurang 7 orang geng-geng PAS.(tengok baju je dah tahu orang PAS). Aku ikut je seorang Ustaz tu pasal aku rasa muka dia familiar. Lagipun aku tak ada geng kali ini.
Melintas dataran merdeka suasana tenang. Fuyoo. Sudah bagus. Kalau tidak kawasan sini mesti ada road-block punya. Tengok depan sedikit dah ada satu kumpulan tengah berarak. Kami pun melajukan perjalanan kami. Di belakang rupanya ramai lagi kumpulan-kumpulan kecil yang sedang mengejar kami. Yang kagumnya, ramai betul orang perempuan. Bersemangat pulak tu. Depa ni tak takut kena kejar polis ke?
Kumpulan kami semakin membesar apabila orang ramai mula dapat berkumpul. Semasa menuju ke kampung attap, dari atas flyover, kami melihat lebih kurang 5 biji trak fru terkial-kial bergerak ke arah kami. Malangnya tersekat pasal tengah jem masa tu. Kami pakat gelak ramai-ramai sambil tepuk-tepuk besi tepi jalan. Tu dia, ramai yang tak sabar-sabar nak kena bom asap.
Perjalanan Di sekat!
Pada aku perjalanan kali ini nampak lancar. Aku pun yakin demonstrasi kali ini akan berjalan dengan baik tanpa kekecohan pasal dalam harakah dah dinyatakan bahawa permit sudah diberi untuk berkumpul di Masjid Negara dan menghantar memorandum ke Istana Negara. Jadi sepatutnya tiada masalah. Tutt! Salah tu. Yang aku tak tahu rupa-rupanya ramai yang disekat di Masjid Negara tak boleh keluar.
Baca kat harakahdaily cakap hampir 150,000 orang. Ramai sangat tu kot. Baca Malaysiakini versi awal 2,000 orang sahaja. Aku ke yang tak pandai agak berapa ramai orang ni. Kalau ikut pemerhatian aku, jalan raya di depan aku penuh dengan baju putih. Dekat belakang lagi lah penuh! Hampir 3 km jalan dipenuhi dengan orang sahaja! Rasanya dalam 50,000 mungkin tak?
Yang best pemandu-pemandu lain semua bagi sokongan moral kat kami. Semua pakai kasi hon tanda sokong. Ada seorang pakcik bawak lori, tak berhenti-henti hon tanda sokongan. Semua pakat tepuk tangan. Pembesar suara kat depan sikit je dari kumpulan kami. Kali ini kami yakin dapat pergi istana negara. Jumpa Sultan. Masa bila lagi nak jenguk istana, nak juga jumpa tuanku.
Opss. Langit tidak terus cerah! Walaupun hujan berhenti rupa-rupanya Fru dah kepong jalan kat kampung Attap. Aiseh macam mana ni! Tak apa kita orang kumpul sambil slow-slow gerak ke arah FRU. Tak lama lepas tu aku tengok geng-geng fru semua pakat lepas cota, pakai topeng gas. Alamak, ni yang tak best ni.
Akhirnya yang ditunggu telah tiba. Pang! Pang! Berpuluh biji peluru asap berterabur kat kami. Aku rasa berbelas kot. Pasal banyak sangat. Aku boleh imagine pakcik-pakcik FRU dengan senyuman Mr. Bean terus angkat senapang dia dan tembak. Aku tengok dari jauh jer. Tapi rupa-rupanya! Alamak! Mata pedih, tekak loya. Asap bom tu kena tiup angin kot. Tak nampak asapnya, rasanya sahaja yang tiba. Nasib baiklah bawak air. Ada brother siap mintak air jugak. Aduh! Lupa bawak botol besar, terbawak botol kecik jer. Sekali pakai terus habis.
Kami berlari-lari anak! Depa tembak lagi! Kumpulan kami terpecah jadi kecil dan kecil. Duduk bawah jambatan jer! Ampeh betul lah polis ni. Kata dapat permit. Belakang tembak juga. Bercabang betul lidah depa nih. Kami undur sikit nak berhimpun balik! Tak sempat beb! Depa tembak lagi! Aku nampak je gas tu lari jauh sikit pasal bekalan air sudah habis. Parah karang! Tapi ada juga masa nya rasa pedih mata lagi. Last-last masa lari tu aku mintak air dengan unit amal. Terima kasih la brother.
Perintah Berundur!
Akhirnya, kami dapat arahan berundur. Tak tahan kena tembak gas kot. Aku tengok satu kumpulan mahasiswi kot tengah kumpul tepi padang. Kena gas lah tu. Kasihan depa! Tapi depa memang berani, tak takut sikit pun tengok muka dia orang. Maka pembesar suara menyuruh kami berundur dan balik ke Masjid Negara. Okey lah tu, dah dapat arahan nak buat macam mana! Kami pun berundur lah.
Rupa-rupanya geng-geng polis fru ni tak puas hati dengan kami kot. Tengah-tengah bergerak dan pusing balik ke masjid negara depa tembak lagi dengan bom asap. Takpe! takpe! Anak korang semua pandai-pandai. Tak kisah belajar Sains dengan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Nanti mesti dia orang dah besar tak jadi polis macam bapak dia kan kan kan!
Ramai yang makin panas dengan polis. Kami dah berundur tapi depa masih lagi tembak gas. Aku pun pedih mata ngan tekak balik. Aduh! Nasib baik baju hujan basah pasal kena hujan tadi. Ada adik sorang baik hati bagi garam! Aku pun apa lagi, ambik sikit garam dia simpan dalam beg. Masa lari-lari balik, ramai jugalah yang mintak garam. Aku suruh depa tonyoh jari depa dalam beg aku tu. Masa undur tu, aku kena tolak.
Tengok-tengok unit Amal tolak! Apa ke hal nya yop! Rupa-rupanya depa tengah escort orang kuat! Aku tengok YB Salahuddin Ayub dah lenjun - mandi air gatal la tu kot, Dr Hatta kering, Datuk Kamaruddin pun ada. Bila check balik harakah, rupa-rupanya depa ni dalam kumpulan terdepan. Sebab tu lah bahana dia lebih sikit. Tak apa! Tu lah baru pemimpin berjiwa rakyat kan! Sanggup jalan kaki sampai nak tercabut sendi! Agak-agak Hishamuddin dengan Najib on tak kalu ajak depa demo macam le ni? Jangan lupa ajak Rosmah sekali!
Tapi geram punya pasal, ada juga yang sempat melepas geram! Ada je trak polis lalu, semua pakat baling dengan batu ngan kayu. Nasib depa lah, tapi tu lah! Depa memang tunggu je kita makan provokasi depa. Dah boleh provoke apa lagi, boleh tangkap ramai orang. Lepas tu keluar tv keluar suratkhabat. Baik punya propaganda. Tu yang nak muntah tengok tv3 ngan berita meloya tu. Sempat juga aku tegur abang Rahmat. Dia ni memang mat reformasi betul!
Masjid Negara Di Kepong
Part ni aku paling panas hati! Rupa-rupanya FRU dah kepong laluan nak masuk ke Masjid Negara. Depa ni memang tak mengaji agama betul lah! Rumah Allah siapa nak masuk keluar sepatutnya aman. Tak boleh siapa-siapa ganggu. Tapi depa ni peduli apa. Boss dah bagi arahan, ikut je lah kan.
Jadi aku simpulkan negara Malaysia ni dah bertukar jadi negara komunis. Komunis jer yang sekat orang nak pergi masjid ni. Tak pun ada satu lagi spesies iaitu kaum Yahudi. Lambat juga aku sampai kat Masjid, rupa-rupanya dia orang tembak lagi gas dan lepaskan water cannon. Dengar cerita dalam masjid pun depa sembur. Kena screen besar dekat Masjid Negara tu. Tak ada kerja ke depa ni. Dahlah kita yang bayar gaji depa. Peluru asap tu pun pakai duit kita, minyak kereta kita yang bayar. Alih-alih tembak kita. @#@$$ betullah depa nih.
Kat bawah jambatan aku tengok ada 4-5 orang polis tak bagi orang masuk. Apa lagi, berpuluh bakul la depa ni kena maki-hamun. Tapi aku tengok dia orang ni selamba jer. Agaknya telinga depa dah kebal kot, tak kisah sangat kena maki hamun ni. Aku tengok ada sebiji waja Polis pecah! Dengar cerita kena peluru gas! Elok sangat lah tu.
Dah 2-3 kali round depa tembak gas dan water cannon, akhirnya depa berundur sikit. Kita orang pun dapat lah masuk dalam masjid. Makin lama makin ramailah yang sampai. So, FRU yang kat luar tu siap kena boo dengan @#@$# sumpah seranah orang ramai. Yang best tu ada sorang ustaz angkat tangan depan-depan polis ni baca doa! Kita orang sama-sama aminkan. Tak taulah geng-geng depa ada rasa apa-apa atau hati depa dah keras sangat sampai tak rasa apa-apa.
Lepas tu kecoh sekejap. Ada gerombolan polis masuk dalam masjid. So, apa lagi. Kena boo, maki, takbir semua siap. Depa sekadar sengih-sengih je lah. Lepas tu blah! Aku nampak Nora Reformasi pun ada sekali kat depan Masjid Negara. Akhirnya depa pakat usung keranda 152 dan buat ucapan kat dataran masjid. Yang aku dengar depa cakap tok guru ada dalam masjid. Hj. Mahfudz bagi ucapan lepas tu semua bersurai.
Jadi itu sahajalah yang ada untuk dikongsi kali ini. Gambar dan video nanti kalau ada aku akan uploadkan. Tapi rasanya Hishamuddin tak rasa apa-apa kot. Hari tu cabar suruh kumpul ramai-ramai. Dah kumpul depa bedal dengan gas pulak! Rasanya kena letak logo Umno besar-besar kat depan perhimpunan tu. Baru depa alergik dan takut sikit. Pasal aku tengok kalau Umno buat demo, geng-geng polis dengan SB semua jadi baik sahaja. Dan automatik akan pastikan perhimpunan itu berjalan lancar. Harapan pemimpin Pakatan Rakyat boleh pertimbangkan helah ni.
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
Oleh boommadu "Antara Pegang Awek & Pegang Anjing LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je? ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi. LEMBU : eh? kenapa? ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!". LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa? LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak. ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU" Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”. Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat. Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9) " |
Lari ikut Pondan
Seorang isteri yang sengsara selepas suaminya menghilangkan diri sejak empat tahun lalu kerana mengikut kekasih pondan, ditemubual dengan syarat nama sebenarnya tidak disiarkan.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 39, menyedari kegemaran ganjil suaminya yang dikenali sebagai Mi apabila dia kerap memberi alasan mempunyai kerja di luar pejabat.
“Suami berkelakuan pelik dan dingin dengan saya ketika itu. Saya bertanyakan apa kesalahan saya, namun dia hanya mendiamkan diri.
“Allah itu adil. Selepas melakukan solat istikharah dan solat hajat, bukti kecurangan suami timbul depan mata.
“Seorang pondan datang ke rumah lalu bertanyakan suami yang ketika itu sakit perut,” katanya.
Pondan itu yang memperkenalkan diri sebagai Rosman atau Ros, kemudian dibenarkan bermalam di rumah mereka.
Malangnya, Intan terkejut apabila suami menyelinap masuk bilik pondan itu pada tengah malam.
Dia berkata, hancur hatinya apabila melihat suami dan pondan itu dalam keadaan amat mengaibkan.
Selepas berlaku pertengkaran antara Intan dan Rosman, kata Intan, suaminya menghilangkan diri bersama pondan itu dengan meninggalkan dua anak mereka yang kini berusia lima dan lapan tahun.
camana boleh silap?
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
CElaru
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak (Public Account Committee- PAC) telah mengadakan mesyuarat kami pada 27.02.2009 pukul 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Perak.
Negeri Perak kini sedang mengalami satu krisis politik yang serious, yang mana telah menyebabkan banyak isu menjadi tidak tentu. Secara spesifiknya, Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka sebagai Kerajaan Negeri Perak yang baru dengan YB Zambry sebagai Menteri Besar manakala pihak Pakatan Rakyat pula berpegang kepada pendirian bahawa mereka masih Kerajaan yang sah atas sebab-sebab tertentu khasnya berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
PAC tidak akan mempersoalkan siapa yang betul dan siapa yang salah dalam perkara ini. Sebagai satu Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Perintah 70 Perintah-Perintah Tetap DUN Perak, PAC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua wang yang diperuntukkan dan dibayar dalam suatu keadaan dan suasana berkrisis ini adalah berpatutan dan berlandaskan undang-undang dan prosidur.
Jawatankuasa kami telah berpendapat dua perkara penting harus ditangani.
(a) Pelantikan Penasihat-Penasihat kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri
Pertama, PAC akan mempersoalkan pelantikan 3 orang “penasihat“ iaitu En. Chang Ko Youn, En. Veerasingham, YB Najmuddin kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri YB Hamdi dari beberapa sudut.
Dalam konteks ini, PAC telah mengambil pengetahuan bahawa ketiga-tiga “penasihat” telah dilaporkan mempunyai status EXCO seperti yang diumumkan. PAC berpendapat bahawa ia adalah sesuatu yang amat luar biasa kerana ia sememangnya akan melibatkan wang Rakyat yang besar dan suatu penyoalan dan penyiasatan harus dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:-
(i) Apakah dasar undang-undang berkenaan dengan pelantikan tersebut;
(ii) Apakah rasional dan tujuan pelantikan?
(iii) Apakah emolument yang dibayar termasuk gaji, elaun, kemudahan dan lain-lain
(iv) Apakah manfaat dan samaada perlunya pelantikan tersebut.
Kedudukan dua orang bukan ADUN dilantik untuk menerajui jawatan “penasihat” dan kelayakan kedua-dua ADUN sebagai Ahli Pentadbiran Negeri amatlah diragui.
(b) Kedudukan YB Mohd Nizar sebagai MB dan EXCO Pakatan Rakyatnya dan YB Zambry sebagai MB dan EXCO Barisan Nasional
Negeri Perak sekarang menghadapi krisis politik dan dalam proses ini, adakah wang Rakyat akan dibazirkan oleh pentadbir-pentadbir politik dan/atau kakitangan Kerajaan.
Dalam keadaan sedemikian, PAC amat mengambil berat tentang barisan EXCO mana yang harus dibayar gaji dan elaun dan diberikan segala kemudahan-kemudahan yang diperuntukan dalam undang-undang.
PAC telah membuat keputusan untuk memanggil YB Nizar dan Barisan EXCOnya dan YB Zambry dan Barisan EXCOnya, YB Penasihat Undang-Undang negeri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, jika diperlukan, untuk memberikan keterangan dan penjelasannya.
Dalam masa krisis ini, PAC mempunyai tanggungjawab dan perlu memainkan suatu peranan dalam melindungi hak Rakyat.
YB Wong Kah Woh
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak.
Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya
Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3075
sekat Khir Toyo bukan Karpal - Tarmizi Mohd jam
Dilulus terbit pada Friday, February 27 @ 07:50:33 MYT oleh TokPenghulu
Oleh kazrat
"Khir Toyo lebih patut diseret ke mahkamah dan sekat kemaraannya dalam Pemuda Umno! Jawab 21 dakwaan salahlaku dalam blog kamu, 24 jam dari sekarang!
Giliran Khir Toyo untuk dibersihkan jika beliau gagal menjawab dan membuktikan dirinya tidak terpalit dan tidak bersalah dengan 21 dakwaan salahlaku terhadapnya
PERKARA ini pernah dibongkar, didedahkan oleh media. Tetapi tiada tindakan diambil oleh BPR ketika itu dan sekarang SPRM. Saya mohon Dato' Seri Mohd Khir Toyo menjawab satu persatu isu atau dakwaan yang berbangkit ini. Beliau boleh menggunakan blognya untuk berbuat demikian bagi tujuan membersihkan diri, bersilat dan berkuntau agar ia tidak terlekat sebagai salahlaku jijik. Berikut 21 dakwaan salahlaku mantan MB Selangor yang kini bercita-cita mahu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Saranan saya kepada dua calon lain Dato' Mukhriz Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin, bolehlah mengutip 21 dakwaan ini dan ditambah satu lagi dakwaan terbaru Tan Sri Khalid Ibrahim tentang penjualan hartanah di Makkah; sebagai modal kempen menyekat kemaraan beliau ke peringkat lebih tinggi.
01. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
02. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
03. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
04. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
05. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
06. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
07. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
08. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
09.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
21. TERBARU - Beliau disabitkan dengan penerimaan bayaran RM17 juta dari seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi. Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akuan individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, Februari 26, 2009
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan
SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz - Nik Aziz
KOTA BHARU, 26 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.
Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.
Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.
Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.
Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.
“Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.
“Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.
“Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.
Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.
“Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.
Habiskan duit rakyat
“Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat,” katanya.
Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya.
“Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka,” kata Menteri Besar Kelantan.
Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.
Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato’ Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.
“Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.
“Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster,” katanya.
Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.
Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.
Tindak tanduk Umno seperti gengstar
“Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek,� katanya.
Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.
“Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai,� katanya.
Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini,” katanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.
“Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu,” katanya.
http://www.harakahdaily.net
kecewanya YB speaker DUN Perak
panas.............
Ianya di ketuai oleh Badrul Hisham atau Cikgu Bard bersama SAMM(Solidariti Anak Muda Malaysia)yang membakar lebih dari 4 kotak yang berisi laporan rasuah sejak dari tahun 1990 lagi.
Ekoran tindakan pantas SPRM yang akan menyiasat kes Tan Sri Khalid berhubung dengan 43 ekor lembu dan kereta yang di gunakan, SPRM menunjukkan kesungguhan yang luar biasa untuk menyiasat.
Adakah tindakan ini dilihat oleh anak-anak muda bahawa aspirasi yang dicitakan dengan penubuhan SPRM ini adalah bertujuan menjadi alat kepada pemerintah????Jika aspirasi anak muda menilai maka yang disalahkan ialah pemerintah sendiri. Maka kerana itu Umno/Bn harus berani keluar dari tanggapan negatif ini atau mereka hanya bergantung kepada institusi ini untuk membiarkan generasi muda menilai mereka sebagai sehelai kertas tandas ...menjauhkan mereka dari parti tersebut.Inilah yang di bincangkan di dalam debat semalam anatar Tan Sri Rahim Tambi Chik dan juga Dato Seri Syed Hamid Albar....Maka kerana itulah ianya harus berubah.......
banyaknya rasuah dan salahgunakuasa!!! [alHussein]
Berikut adalah butiran kes Khir :
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
sumber di sini SUMBER
SPRM -Professional?
Masalahnya sekarang ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilihat gagal melaksanakan "tanggungjawab profesional" yang telah diamanahkan kepadanya itu. Mutakhir ini, rakyat melihat banyak penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang jelas sekali "double standard" berlaku didepan mata mereka. Misalnya, SPRM gagal menyiasat segala laporan rasuah yang telah banyak dilaporkan sebelum ini, tambahan pula apabila ia melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi mereka begitu "profesional" untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh puak-puak UMNO terhadap pemimpin pembangkang di negara ini. Bukan sahaja siasatan yang dilakukan itu "profesional" malah SPRM juga begitu "profesonal, cepat dan pantas" untuk membuat pendakwaan. Lihat sahaja dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Biarpun baru seminggu laporan dibuat oleh NGO yang pernah dipimpin oleh "Petualang Rakyat" Ezam Md Noor iaitu GERAK. Namun sepantas kilat pegawai SPRM menubat penyiasatan dan ingin mendakwa MB Selangor itu. Malah Ketua Pesuruhjayanya sendiri pun awal-awal lagi sudah mewar-warkan kononnya Tan Sri Khalid bersalah dan terlibat dengan kes berkenaan. Walhal ia masih belum dapat dibuktikan serta perbicaraan masih belum dijalankan. Bukankah ini bukti jelas bahawa SPRM sebenarnya memang "profesional" membuat kerja mereka untuk "mengampu kerajaan" UMNO dan Barisan Nasional.
Pendakwaan terpilih, Speaker Perak dan MB Selangor di dakwa
Tetapi Dua bekas Exco Perak cuba untuk dilepaskan
Profesional SPRM, rasuah pemimpin pembangkang cuba dibongkarkan
tetapi rasuah pemimpin UMNO pula cuba ditutup rapat-rapat
Rasuah Khir Toyo
Wed | Feb 25, 09 | 1:21:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.
Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.
Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.
"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.
Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.
Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.
Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid_
Apa itu Rasuah
Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa. Dengan kekuasaan tersebut, maka apa-apa yang dihajatkan oleh si penyuap/penyogok dapat dihasilkan dengan memberi suatu pemberian yang menggembirakan hati pegawai tersebut samada berupa wang, benda-benda berharga, barang perhiasan mahupun berupa makanan.
Oleh itu rasuah berlaku diantara kedua-dua pihak yang memberi dan yang menerima pemberian itu untuk mendapatkan sesuatu hajat.
Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam, dihitung sebagai suatu Dosa Besar.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177
“Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.”
Sabda Nabi S.A.W
“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.
Orang-orang bijak pandai pada zaman ini menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.
Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah. Ingat-ingatkanlah wahai Para Menteri Semua!