Recent Comments

SPRM -Professional?

Posted by no2rasuah Tuesday, February 24, 2009

KUALA LUMPUR - Apakah makna "profesional" sebenarnya yang mahu diagung-agungkan sangat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?. Apakah profesional dalam "menipu rakyat" atau profesional "membuat siasatan rasuah" atau mungkin juga profesional "membuat penyiasatan terpilih" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini?. Sementara itu Perdana Menteri Malaysia yang bakal "diturunkan takhta" iaitu Pak Lah Badawi menegaskan, bahawa suruhanjaya itu perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil, profesional, tanpa rasa takut dan tidak memihak kepada sesiapa pun. Soalnya apakah SPRM boleh melakukan sedemikian rupa. Sedangkan mereka yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah adalah dipilih oleh kerajaan sendiri. Dalam ucapan rasminya di Majlis Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara semalam Pak Lah berkata ‘‘Pegawai dan anggota SPRM perlu mematuhi undang-undang semasa bertugas kerana tindakan sebaliknya akan memusnahkan usaha untuk melakukan transformasi dalam badan ini melalui peruntukan undang-undang,’’.

Masalahnya sekarang ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilihat gagal melaksanakan "tanggungjawab profesional" yang telah diamanahkan kepadanya itu. Mutakhir ini, rakyat melihat banyak penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang jelas sekali "double standard" berlaku didepan mata mereka. Misalnya, SPRM gagal menyiasat segala laporan rasuah yang telah banyak dilaporkan sebelum ini, tambahan pula apabila ia melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi mereka begitu "profesional" untuk menyiasat kes yang dilaporkan oleh puak-puak UMNO terhadap pemimpin pembangkang di negara ini. Bukan sahaja siasatan yang dilakukan itu "profesional" malah SPRM juga begitu "profesonal, cepat dan pantas" untuk membuat pendakwaan. Lihat sahaja dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Biarpun baru seminggu laporan dibuat oleh NGO yang pernah dipimpin oleh "Petualang Rakyat" Ezam Md Noor iaitu GERAK. Namun sepantas kilat pegawai SPRM menubat penyiasatan dan ingin mendakwa MB Selangor itu. Malah Ketua Pesuruhjayanya sendiri pun awal-awal lagi sudah mewar-warkan kononnya Tan Sri Khalid bersalah dan terlibat dengan kes berkenaan. Walhal ia masih belum dapat dibuktikan serta perbicaraan masih belum dijalankan. Bukankah ini bukti jelas bahawa SPRM sebenarnya memang "profesional" membuat kerja mereka untuk "mengampu kerajaan" UMNO dan Barisan Nasional.


Pendakwaan terpilih, Speaker Perak dan MB Selangor di dakwa
Tetapi Dua bekas Exco Perak cuba untuk dilepaskan

Begitu juga dalam kes yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar. berhubung hal penggantungan hadir Sidang Dewan terhadap MB dan Exco Perak yang baru. Biarpun kes itu baru sahaja dilaporkan namun SPRM "bagaikan halilintar" membuat penyiasatan kes berkenaan. Apakah ini namanya "profesional" yang dimaksudkan oleh Pak Lah itu agaknya. Namun sebaliknya isu rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO terus di"kapan"kan begitu sahaja tanpa ada sebarang siasatan mahupun pendakwaan. Menurut mereka laporan berkenaann berunusur fitnah dan tiada bukti kukuh untuk membuat siasatan. Inilah alasan mudah yang sungguh "memualkan" dalam hal "profesional SPRM" itu sebenarnya. Itu belum termasuk lagi isu rasuah "politik wang" dalam UMNO yang terus didiamkan begitu sahaja setelah dikecohkan seketika. Mungkin agaknya SPRM takut dengan ancaman kerajaan BN dan pemimpin UMNO sendiri yang tidak mahu mereka "menjaga tepi kain UMNO" dalam hal siasatan rasuah ini. Lantaran itulah ada pemimpin UMNO yang mendakwa dipukul, diteranjang serta dizalimi oleh pegawai SPRM semasa dalam siasatan di Kuantan baru-baru ini. Kenapa isu itu terus menyepi? Bahkan tiada lagi laporan mahupun berita mengenai "politik wang UMNO" yang disiarkan oleh media arus perdana hingga ke hari ini. SPRM meneruskan budaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) terdahulu yang hanya menyiasat serta membuat pendakwaan terpilih. Ikan bilis didakwa tetapi ikan paus dilepaskan! Ahli UMNO disiasat dan didakwa, sebaliknya pemberi rasuah iaitu pemimpin UMNO yang akan menjadi calon untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti itu Mac ini dilepaskan begitu sahaja seperti Khir Toyo, Mat Taib, Khairy, Mukhriz dan ramai lagi sebenarnya.


Profesional SPRM, rasuah pemimpin pembangkang cuba dibongkarkan
tetapi rasuah pemimpin UMNO pula cuba ditutup rapat-rapat

Dalam kes dua bekas Exco ADUN PKR Perak, Jamaluddin Md Razi dan Osman Jailu pun begitu. Kes rasuahnya kini ditangguhkan oleh mahkamah dan SPRM dilihat seolah-olah cuba mencari jalan untuk melepaskan mereka dari segala pertuduhan selepas melihat kedua-dua "mangkuk hayun" itu keluar dari Parti Keadilan Rakyat, menjadi "calon bebas" dan seterusnya menyokong Barisan Nasional di Perak hingga pakatan itu berjaya "merampas kuasa" di negeri itu baru-baru ini. laporan rasuah serta penyelewengan kuasa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang kini mengambilalih Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak telah dibiarkan begitu sahaja. SPRM seolah-olah "dibutakan mata dan hati" untuk tidak melihat kes "lompat parti" mereka itu adalah berkaitan dan rasuah dan sogokan wang jutaan ringgit. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan kelibat pegawai SPRM juga dilihat muncul di rumah Najib Razak bersama kedua-dua ADUN Perak terbabit sebelum mereka bertindak melompat parti dulu. Semua ini menggambarkan kepada kita bahawa betapa rosak dan "tidak profesionalnya" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu dimata rakyat sebenarnya.

0 comments

Post a Comment