Recent Comments

Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya

Posted by no2rasuah Saturday, February 28, 2009

" Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian.Saya dihujani dengan panggilan telifon sejurus sahaja selesai program di TV 9. Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini.

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.


1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.


"Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli" kata Emmanuel Carasso.


"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya", tegas Sultan.


Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,


"Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya".


40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.


2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.


3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.


Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.


Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.


Perintah tersebut berbunyi:''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian''.


Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak.


Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku.


Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. "Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya ".

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3075

0 comments

Post a Comment