Recent Comments

kejar....

Posted by no2rasuah Saturday, March 7, 2009

Cik Lee

Mulut masih lagi terasa loya-loya. Mata masih lagi terasa pedih-pedih. Urat-saraf masih lagi lenguh-lenguh. Sengal sana, sengal sini. Tapi tiada apa nak dirungutkan. Pasalnya, sudah pasti rasa yang sama dikongsi bukan penulis seorang, bukan 500 orang, bukan 8000 orang(Malaysiakini) malah berpuluh-puluh ribu orang yang turut sama menyertai GMP mengadakan perhimpunan ke Istana Negara untuk menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan Mizan.

Coretan awal Perjalanan
Aku mengatur perjalanan seawal 12.30 tengah hari. Rasanya elok sahaja aku menaiki Star ke Masjid Jamek kerana ia lebih selesa. Menurut pengamatan aku, rasanya kali ini tak ramai yang akan keluar berhimpun. Berbeza perhimpunan Bersih yang lalu, ia disertai oleh ramai rakan-rakan dari seluruh negeri seluruh Malaysia. Tapi kali ini tiada orang Terengganu turun beramai-ramai, orang Kedah atau orang Perak. Yang pastinya kali ini ia bergantung kepada warga lembah Klang semata-mata atau negeri-negeri sekitarnya.

Sampai di Masjid Jamek suasana tenang menyelubungi. Macam betul sahaja agakan aku kali ini. Tak apalah, berehat sekejap sambil solat sunat sementara menunggu solat Zohor. Aku yakin selepas Zohor, kami akan mula menyertai perarakan ke Istana Negara. Tengok kiri kanan kalau ada unit Amal. Tapi nampaknya tak ada. Hanya kelihatan berpuluh warga kota berehat di Masjid Jamek sementara menunggu Zohor. Sama macam aku. Ada dua tiga orang pakai baju anti-PPMSI warna putih. Ramai juga yang memakai baju putih, aku tidak terkecuali.

Selepas Zohor hujan mula renyai-renyai. Aku pun mula mencongak jalan mana nak di ambil. Sebut je duduk Selangor, KL ni dah berapa kurun aku tak masuk. Dulu masa muda-muda dulu selalulah juga merayap sana-sini tapi le ni bila masuk KL je rasa serabut. Rakan aku yang seorang ini tak sampai-sampai lagi. Jadi aku ikut satu kumpulan lebih kurang 7 orang geng-geng PAS.(tengok baju je dah tahu orang PAS). Aku ikut je seorang Ustaz tu pasal aku rasa muka dia familiar. Lagipun aku tak ada geng kali ini.

Melintas dataran merdeka suasana tenang. Fuyoo. Sudah bagus. Kalau tidak kawasan sini mesti ada road-block punya. Tengok depan sedikit dah ada satu kumpulan tengah berarak. Kami pun melajukan perjalanan kami. Di belakang rupanya ramai lagi kumpulan-kumpulan kecil yang sedang mengejar kami. Yang kagumnya, ramai betul orang perempuan. Bersemangat pulak tu. Depa ni tak takut kena kejar polis ke?

Kumpulan kami semakin membesar apabila orang ramai mula dapat berkumpul. Semasa menuju ke kampung attap, dari atas flyover, kami melihat lebih kurang 5 biji trak fru terkial-kial bergerak ke arah kami. Malangnya tersekat pasal tengah jem masa tu. Kami pakat gelak ramai-ramai sambil tepuk-tepuk besi tepi jalan. Tu dia, ramai yang tak sabar-sabar nak kena bom asap.

Perjalanan Di sekat!
Pada aku perjalanan kali ini nampak lancar. Aku pun yakin demonstrasi kali ini akan berjalan dengan baik tanpa kekecohan pasal dalam harakah dah dinyatakan bahawa permit sudah diberi untuk berkumpul di Masjid Negara dan menghantar memorandum ke Istana Negara. Jadi sepatutnya tiada masalah. Tutt! Salah tu. Yang aku tak tahu rupa-rupanya ramai yang disekat di Masjid Negara tak boleh keluar.

Baca kat harakahdaily cakap hampir 150,000 orang. Ramai sangat tu kot. Baca Malaysiakini versi awal 2,000 orang sahaja. Aku ke yang tak pandai agak berapa ramai orang ni. Kalau ikut pemerhatian aku, jalan raya di depan aku penuh dengan baju putih. Dekat belakang lagi lah penuh! Hampir 3 km jalan dipenuhi dengan orang sahaja! Rasanya dalam 50,000 mungkin tak?

Yang best pemandu-pemandu lain semua bagi sokongan moral kat kami. Semua pakai kasi hon tanda sokong. Ada seorang pakcik bawak lori, tak berhenti-henti hon tanda sokongan. Semua pakat tepuk tangan. Pembesar suara kat depan sikit je dari kumpulan kami. Kali ini kami yakin dapat pergi istana negara. Jumpa Sultan. Masa bila lagi nak jenguk istana, nak juga jumpa tuanku.

Opss. Langit tidak terus cerah! Walaupun hujan berhenti rupa-rupanya Fru dah kepong jalan kat kampung Attap. Aiseh macam mana ni! Tak apa kita orang kumpul sambil slow-slow gerak ke arah FRU. Tak lama lepas tu aku tengok geng-geng fru semua pakat lepas cota, pakai topeng gas. Alamak, ni yang tak best ni.

Akhirnya yang ditunggu telah tiba. Pang! Pang! Berpuluh biji peluru asap berterabur kat kami. Aku rasa berbelas kot. Pasal banyak sangat. Aku boleh imagine pakcik-pakcik FRU dengan senyuman Mr. Bean terus angkat senapang dia dan tembak. Aku tengok dari jauh jer. Tapi rupa-rupanya! Alamak! Mata pedih, tekak loya. Asap bom tu kena tiup angin kot. Tak nampak asapnya, rasanya sahaja yang tiba. Nasib baiklah bawak air. Ada brother siap mintak air jugak. Aduh! Lupa bawak botol besar, terbawak botol kecik jer. Sekali pakai terus habis.

Kami berlari-lari anak! Depa tembak lagi! Kumpulan kami terpecah jadi kecil dan kecil. Duduk bawah jambatan jer! Ampeh betul lah polis ni. Kata dapat permit. Belakang tembak juga. Bercabang betul lidah depa nih. Kami undur sikit nak berhimpun balik! Tak sempat beb! Depa tembak lagi! Aku nampak je gas tu lari jauh sikit pasal bekalan air sudah habis. Parah karang! Tapi ada juga masa nya rasa pedih mata lagi. Last-last masa lari tu aku mintak air dengan unit amal. Terima kasih la brother.

Perintah Berundur!
Akhirnya, kami dapat arahan berundur. Tak tahan kena tembak gas kot. Aku tengok satu kumpulan mahasiswi kot tengah kumpul tepi padang. Kena gas lah tu. Kasihan depa! Tapi depa memang berani, tak takut sikit pun tengok muka dia orang. Maka pembesar suara menyuruh kami berundur dan balik ke Masjid Negara. Okey lah tu, dah dapat arahan nak buat macam mana! Kami pun berundur lah.

Rupa-rupanya geng-geng polis fru ni tak puas hati dengan kami kot. Tengah-tengah bergerak dan pusing balik ke masjid negara depa tembak lagi dengan bom asap. Takpe! takpe! Anak korang semua pandai-pandai. Tak kisah belajar Sains dengan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Nanti mesti dia orang dah besar tak jadi polis macam bapak dia kan kan kan!

Ramai yang makin panas dengan polis. Kami dah berundur tapi depa masih lagi tembak gas. Aku pun pedih mata ngan tekak balik. Aduh! Nasib baik baju hujan basah pasal kena hujan tadi. Ada adik sorang baik hati bagi garam! Aku pun apa lagi, ambik sikit garam dia simpan dalam beg. Masa lari-lari balik, ramai jugalah yang mintak garam. Aku suruh depa tonyoh jari depa dalam beg aku tu. Masa undur tu, aku kena tolak.

Tengok-tengok unit Amal tolak! Apa ke hal nya yop! Rupa-rupanya depa tengah escort orang kuat! Aku tengok YB Salahuddin Ayub dah lenjun - mandi air gatal la tu kot, Dr Hatta kering, Datuk Kamaruddin pun ada. Bila check balik harakah, rupa-rupanya depa ni dalam kumpulan terdepan. Sebab tu lah bahana dia lebih sikit. Tak apa! Tu lah baru pemimpin berjiwa rakyat kan! Sanggup jalan kaki sampai nak tercabut sendi! Agak-agak Hishamuddin dengan Najib on tak kalu ajak depa demo macam le ni? Jangan lupa ajak Rosmah sekali!

Tapi geram punya pasal, ada juga yang sempat melepas geram! Ada je trak polis lalu, semua pakat baling dengan batu ngan kayu. Nasib depa lah, tapi tu lah! Depa memang tunggu je kita makan provokasi depa. Dah boleh provoke apa lagi, boleh tangkap ramai orang. Lepas tu keluar tv keluar suratkhabat. Baik punya propaganda. Tu yang nak muntah tengok tv3 ngan berita meloya tu. Sempat juga aku tegur abang Rahmat. Dia ni memang mat reformasi betul!

Masjid Negara Di Kepong
Part ni aku paling panas hati! Rupa-rupanya FRU dah kepong laluan nak masuk ke Masjid Negara. Depa ni memang tak mengaji agama betul lah! Rumah Allah siapa nak masuk keluar sepatutnya aman. Tak boleh siapa-siapa ganggu. Tapi depa ni peduli apa. Boss dah bagi arahan, ikut je lah kan.

Jadi aku simpulkan negara Malaysia ni dah bertukar jadi negara komunis. Komunis jer yang sekat orang nak pergi masjid ni. Tak pun ada satu lagi spesies iaitu kaum Yahudi. Lambat juga aku sampai kat Masjid, rupa-rupanya dia orang tembak lagi gas dan lepaskan water cannon. Dengar cerita dalam masjid pun depa sembur. Kena screen besar dekat Masjid Negara tu. Tak ada kerja ke depa ni. Dahlah kita yang bayar gaji depa. Peluru asap tu pun pakai duit kita, minyak kereta kita yang bayar. Alih-alih tembak kita. @#@$$ betullah depa nih.

Kat bawah jambatan aku tengok ada 4-5 orang polis tak bagi orang masuk. Apa lagi, berpuluh bakul la depa ni kena maki-hamun. Tapi aku tengok dia orang ni selamba jer. Agaknya telinga depa dah kebal kot, tak kisah sangat kena maki hamun ni. Aku tengok ada sebiji waja Polis pecah! Dengar cerita kena peluru gas! Elok sangat lah tu.

Dah 2-3 kali round depa tembak gas dan water cannon, akhirnya depa berundur sikit. Kita orang pun dapat lah masuk dalam masjid. Makin lama makin ramailah yang sampai. So, FRU yang kat luar tu siap kena boo dengan @#@$# sumpah seranah orang ramai. Yang best tu ada sorang ustaz angkat tangan depan-depan polis ni baca doa! Kita orang sama-sama aminkan. Tak taulah geng-geng depa ada rasa apa-apa atau hati depa dah keras sangat sampai tak rasa apa-apa.

Lepas tu kecoh sekejap. Ada gerombolan polis masuk dalam masjid. So, apa lagi. Kena boo, maki, takbir semua siap. Depa sekadar sengih-sengih je lah. Lepas tu blah! Aku nampak Nora Reformasi pun ada sekali kat depan Masjid Negara. Akhirnya depa pakat usung keranda 152 dan buat ucapan kat dataran masjid. Yang aku dengar depa cakap tok guru ada dalam masjid. Hj. Mahfudz bagi ucapan lepas tu semua bersurai.

Jadi itu sahajalah yang ada untuk dikongsi kali ini. Gambar dan video nanti kalau ada aku akan uploadkan. Tapi rasanya Hishamuddin tak rasa apa-apa kot. Hari tu cabar suruh kumpul ramai-ramai. Dah kumpul depa bedal dengan gas pulak! Rasanya kena letak logo Umno besar-besar kat depan perhimpunan tu. Baru depa alergik dan takut sikit. Pasal aku tengok kalau Umno buat demo, geng-geng polis dengan SB semua jadi baik sahaja. Dan automatik akan pastikan perhimpunan itu berjalan lancar. Harapan pemimpin Pakatan Rakyat boleh pertimbangkan helah ni.

0 comments

Post a Comment